Skip to content

Elon Musk Kini Manusia Terkaya Di Dunia

Kongsikan artikel ini

CEO Tesla Inc. dan pengasas SpaceX, Elon Musk kini bernilai US$194.8 bilion, iaitu US$9.5 bilion lebih daripada pemilik Amazon Inc, Jeff Bezos.

Permulaan tahun 2021 yang cukup baik buat Elon Musk. Dia yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc., juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX kini adalah manusia yang paling kaya di dunia. Menurut Bloomberg, Elon Musk telah mengambil alih posisi manusia terkaya daripada pemilik Amazon, Jeff Bezos.

Ini adalah pencapaian tertinggi buat Elon Musk dengan menduduki tangga pertama Bloomberg Billionaires Index selepas posisi itu menjadi genggaman Jeff Bezos sejak 2017. Minggu lalu, pengasas Neuralink dan The Boring Company juga itu mempunyai harta bernilai US$194.8 bilion, iaitu US$9.5 bilion lebih daripada Jeff Bezos. Secara keseluruhan, dia telah menambahkan sejumlah US$165.5 bilion sejak tahun lalu.

Penyumbang utama kepada pencapaian Elon Musk adalah selepas saham milik syarikat autombil elektrik, Tesla Inc. telah melonjak sebanyak 7.9% awal tahun ini. Usahawan teknologi itu telah mencipta sejarah dengan penghasilan harta paling pantas. Dia berjaya menghasilkan lebih US$165 bilion dalam jangka masa satu tahun sahaja. Saham Tesla Inc. telah menyaksikan lonjakan 743% tahun lalu sebagai pemangkin utama ini.

Ikon bisnes ini baru berusia 49 tahun. Dilahirkan di Pretoria, Afrika Selatan, Elon Musk kini telah berkahwin dengan penyanyi pop, Grimes sejak 2018. Tahun lalu, pasangan itu dianugerahkan dengan seorang anak lelaki. Nama anak sulung mereka, “X Æ A-12” telah menjadi bualan kerana keunikannya. Kerana masalah undang-undang, nama itu telah digantikan dengan “X Æ A-Xii”.

Baru-baru ini, Elon telah menggesa pengguna Whatsapp untuk meninggalkan aplikasi itu, dan sebaliknya menggantikan dengan aplikasi Signal melalui akaun Twitter-nya. Tindakan ini susulan Whatsapp meminta hampir dua billion penggunanya untuk menerima syarat perkhidmatan untuk berkongsi lebih banyak maklumat dengan syarikat induknya, Facebook. Ini bukanlah pertama kali Elon mengkritik gergaasi teknologi Facebook milik Mark Zuckerberg.

Baca lebih lanjut: “I’M SPEECHLESS.” – CHRIS EVANS LUAH RASA TERKEJUT

Foto: Sumber Google

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ELON MUSK, INDIVIDU PERTAMA DI DUNIA KERUGIAN RM881 BILION

ELON MUSK, INDIVIDU PERTAMA DI DUNIA KERUGIAN RM881 BILION

Bacaan Lanjut
T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

Bacaan Lanjut
MEGHAN MARKLE DIKAITKAN DENGAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA, ELON MUSK

MEGHAN MARKLE DIKAITKAN DENGAN INDIVIDU TERKAYA DI DUNIA, ELON MUSK

Bacaan Lanjut
METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

Bacaan Lanjut
“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” - ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” – ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

Bacaan Lanjut
“SAYA MEMBANTU KRISIS KEKURANGAN PENDUDUK” - ELON MUSK TIMANG ANAK KE-10

PUNCA SEBENAR ANAK ELON MUSK MEMOHON UNTUK MENUKAR NAMA DAN JANTINA

Bacaan Lanjut