CAPTAIN COOK BRONZE RADO LIGA FATTAH AMIN
Misi di Rado adalah menjadikan Captain Cook Bronze ini sebagai jam tangan pilihan lelaki alfa seperti Fattah Amin. Bagaimana? Tentu sekali dengan penghasilan rekaan jam tangan yang menggunakan material berinovasi. Kekal dengan lagak yang autentik selari bersama DNA Rado sebagai pengeluar jam tangan yang mahir dalam material unik. Pelancaran jam tangan Captain Cook ini mengikut jati diri lelaki maskulin.

Setiap momennya mempunyai kisah yang dekat dengan diri. Itu jugalah perwatakan jam tangan Captain Cook Bronze yang diperbuat menggunakan gangsa. Semakin lama, jam tangan gangsa ini akan mengeluarkan corak dan kesan tersendiri. Ia boleh bertukar gelap atau cerah, mengikut iklim persekitaran. Makanya, lelaki Captain Cook perlulah mereka yang bijak mendominasi persekitaran.
Rado melancarkan koleksi Captain Cook paduan gangsa bersama rona hijau. Membawa kisah belantara sebagai idea. Lelaki alfa bijak mendominasi hutan, tanpa keluh serta resah. Teknologi yang digunakan adalah geraka ETA 307, yang menawarkan 80 jam ketepatan masa! Jam tangan ini ditambah dengan kemasan 23 karat emas dan akan berselaput untuk menambahkan karakter lagak maskulin.
Pautan Berkenaan: Jam Tangan Rado Dapat Sentuhan Seni Global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.














