Skip to content

zakar bengkak

ZAKAR BENGKAK! 5 PUNCA UTAMA PERLU AMBIL TAHU

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Ini 5 punca zakar bengkak perlu anda tahu :

1. Balanitis

Balanitis ini sering terjadi buat kaum lelaki disebabkan kepala zakar (glans) mengalami kerengsaan atau radang. Menurut kajian, sekitar 3 – 11 peratus lelaki akan mengalami Balanitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan dikaitkan dengan kebersihan. Balanitis juga disebabkan jangkitan Candida albicans, sejenis yis yang secara naturalnya mendiami tubuh badan dan alat sulit.

2. Alergi

Kulit zakar anda mungkin bengkak disebabkan alahan terhadap kondom getah, klorin dalam air mandian, kimia dalam bahan cucian, Propylene glycol dalam alat pelincir seks, Spermicides iaitu alat pembunuh sperma. Untuk merawat alahan ini, wajib jumpa doktor dan dapatkan rawatan.

3. Uretritis

Radang uretra boleh jadi punca zakar sakit dan bengkak yang berlaku akibat jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (STD) yang juga menyebabkan rasa sakit ketik membuang air kecil serta kerap kencing.

 4. Priapisma

Masalah ini menakutkan dan akan mengakibatkan zakar lelaki mengalami ereksi berterusan dan berpanjangan walaupun tanpa sebarang rangsangan seksual. Ereksi yang berlaku lebih daripada 4 jam ini juga akan membuat zakar sakit.

5. Tanda Awal Kanser

Kemungkinan ia tanda awal kanser! Lelaki perlu perhatikan tanda ini selain daripada benjolan, pendarahan kulit, perubahan bau atau ada cecair aneh keluar dari zakar anda. Segeralah jumpa doktor jika anda mengalami kebengkakan yang luar biasa.

Artikel berkaitan 5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU

 

 

 

 

 

 

 

 

2 of 2

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING

Bacaan Lanjut