TAK KONFORMIS
APRIL 2016
SILUET, BENTUK DAN POLA MUSIM PANAS INI MERANGKAKAN KELAINAN, BIARPUN ADA SATU DUA YANG KEKAL KONVENSIONAL. KAMI CETUSKAN ILHAM ITU DALAM PENCERITAAN FARM BOY YANG BUKAN KONFORMIS DAN TAHU PENJURU GAYANYA UNTUK TAMPIL STYLISH – DARIPADA JENAMA HIGH STREET SEHINGGA HIGH END
Pembantu Penyelaras : Sufian Sapari
Gambar : Edmund Lee
Dibantu Oleh : Raisa Nor Azzam
Grooming : Emmy Agung
Lokasi : Ladang Ternakan Upm 16 (Terima Kasih Kepada Universiti Putra Malaysia & Taman Pertanian UPM)

MAKSIMA DALAM MINIMALIS
Gaya minimalis dan siluet bentuk boxy masih tegar. Dengan sifat kesukanan, sukma muda… and everything in between memperlihatkan inspirasi pelbagai sudut.
Kemeja T, jaket bomber, seluar pendek, CK Calvin Klein; Kasut, H&M; Stokin, Prada

SILUET SUKAN
Mustahil untuk membuang estetika sporty dalam dunia gaya lelaki. Namun kali ini ia diadun dengan aplikasi motif dan corak yang lebih fun, untuk memperbaharui gaya.
Baju panas dan seluar, Love Moschino

BIGGER, BETTER BOMBER
Jaket bomber kali ini diperbesarkan bentuknya dan nampak bulky. Dan ditambah elemen romantik yakni tampalan sulaman flora pada lengan, prinsip Dior Homme.
Jaket bomber, kemeja putih dan seluar, Dior Homme

ROCK THE ALCAZABA
Seperti throwback musim panas 2010 dan kali ini, siluet panjang diadaptasi semula. Gaya lounge dengan padanan blazer menyempurnakan ilham padang pasir Versace.
Jaket, kemeja panjang, seluar dan sandal, Versace

INDIGO EKSTREM
Warna indigo gelap dengan padanan denim atas bawah, memerikan evolusi Riccardo Tisci untuk Givenchy. Siluetnya nampak keras dan ruangnya seperti terbatas.
Jaket, kemeja dan jean, Givenchy by Riccardo Tisci

POWER ISSUE
Kot kulit nappa double breasted dan pressed lapel besar, mengangkat kembali power dressing. Ditambah padanan seluar berlisu, terbias rasa nostalgia itu.
Kot double breasted dan seluar, Emporio Armani

HOT MESS
Siluet summer layering kini lebih bebas. Jaket atas jaket, dalamnya baju yang lengannya lebih panjang dengan seluar pendek…it’s fearless.
Jaket, baju lengan panjang, seluar pendek, stokin dan kasut, Prada
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
TROVE MEMPERSEMBAHKAN D’ANNAM BUBBLE TEA & CHASING SCENTS MATCHA BREAK
Dua haruman gourmand yang diinspirasikan daripada minuman kegemaran generasi masa kini, bubble tea dan matcha kini di Trove.
MIA GHAZALI LENGKAPKAN KOLEKSI EMAS KELUARGA GHAZALI DI SUKMA 2026
Kejayaan Mia Ghazali diraikan di SUKMA 2026 sekaligus melengkapkan koleksi pingat emas buat keluarga Ghazali.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
PELAKON LELAKI GENERASI BAHARU MALAYSIA ANDA PATUT KENAL
Tahun ini, Malaysia terus disajikan dengan barisan wajah-wajah baharu dari pelakon lelaki yang mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan.










