Nice! Itu anggapan GL buat pertama kali melihat kehadiran iPhone yang kini hadir dengan edisi khas. APPLE dengan kerjasama agensi berkaitan kempen kesedaran HIV, telah memperkenalkan edisi khas iPhone 7 dan 7 Plus berwarna merah yang akan mula dijual 24 Mac ini. Dikhabarkan sebanyak 40 negara bakal menerima model itu terlebih dahulu, namun malangnya Malaysia bukan salah satu daripadanya.

Dengan etiap pembelian iPhone (PRODUCT)RED akan disalurkan kepada Dana Global (RED) yang membekalkan program pencegahan, ujian, kaunseling dan rawatan HIV dan AIDS. Melalui laporan sumber dari Astro Awani, setakat ini Dana Global ini telah meraih dana sebanyak AS$465 juta dan AS$130 juta sendiri daripada Apple.

Bagi pasaran Malaysia, iPhone merah itu bakal dijual pada harga bermula RM3,199 bagi edisi 128GB. iPhone ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri, termasuk teknologi terbaru kamera serta kalis debu dan air.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Mac 2017