Skip to content

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Kongsikan artikel ini

Malam GLAM Lelaki Alphamen 2023 diraikan dengan penuh meriah dengan mengiktiraf dan meraikan hero Alfa bagi tahun ini.

Dengan personaliti yang merangkumi sifat-sifat yang memberi inspirasi kepada individu untuk mengatasi cabaran, memberi impak yang berkekalan, dan memimpin contoh dengan mempamerkan kualiti sebenar dalam arena masing masing.

Bagi tahun 2023, malam acara GLAM Lelaki diraikan di Deep Blue, The Face Suites memberi penghormatan kepada 10 lelaki, hero Alfa yang mencipta nama sendiri dalam industri mereka melalui pendekatan berani, penuh kreativiti, punyai daya tersendiri dan kepimpinan tanpa batasan.

MALAM ALPHAMEN 2023 DIRAIKAN PENUH MERIAH

Hero-hero Alphamen 2023 yang memegang posisi terkemuka dan dominan ini adalah Alif Satar, Tomok, Hugh Koh, Hisyam Hamid, Blink, Beto Kusyairy, Tony Eusoff, Roberto Guiati, Dato’ Sri Bernard Chandran dan Khoon Hooi.

Mereka diangkat sebagai hero Alphamen 2023 kerana kejayaan mereka dalam arena masing-masing memberikan inspirasi kepada ramai individidu tidak kira di Malaysia mahupun antarabangsa. Majlis berprestij ini memberi penghormatan kepada mereka.

Malangnya, Dato’ Sri Bernard Chandran, Tomok dan Beto Kusyairy tidak dapat hadir pada malam acara Alphamen 2023 atas sebab komitmen kerja.

Pelakon siri terbaru Amazon Prime ‘That Cover Girl’ dan model, Alicia Amin turut memeriahkan malam itu sebagai menjadi pengacara untuk Alphamen 2023.

Acara malam Alphamen 2023 ini bertemakan ‘Urban Explorer’, dimulakan dengan ucapan daripada Muzammin Muzlan, Editor GLAM Lelaki dan diteruskan dengan memberi tanda penghargaan oleh Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Aizat Aidid.

Malam penuh meriah dan menjadi acara GLAM Lelaki Alphamen 2023 ini telah dikuasakan oleh Montblanc dan Montblanc Fragrance. Bersama brand partner kami berkongsi komitmen mendalam untuk memperkasakan individu dan memperingati kualiti seperti kepimpinan, kekuatan, daya tahan dan keyakinan.

Penyanyi berbakat besar daripada girl group DeFam, Sophia Liana memulakan persembahan lagu yang berjudul ‘NAH’ dan diteruskan dengan Alif Satar & The Locos dengan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’. Malah, DJ Blink turut spin muzik-muziknya sepanjang malam dengan lagu-lagu yang meningkatkan mood.

Alif Satar

Alif Satar & The Locos

Antara tetamu selebriti juga pempengaruh digital yang hadir pada malam itu dan tampil begitu mengagumkan menepati tema adalah  SonaOne, Azrel Ismail, Hael Husaini, Anzalna Nasir, Hafreez Adam, Ain Edruce, Hawa Rizwana, Siti Khadijah Halim, Yonnyboii, Sophia Liana, Siti Hariesa dan ramai lagi.

Tetamu yang hadir bergambar di photowall dan meneroka wangian daripada Montblanc Fragrance dengan penerokaan baharu koleksi Explorer, Platinum mendedahkan bahagian baharu Montblanc Explorer dan personalized leather coasters dengan koleksi kulit ikonik Extreme 3.0.

Acara Alphamen 2023 sekali lagi berjaya mengangkat individu-individu yang berjaya dalam industri mereka. Dan kami di GLAM Lelaki berharap mereka terus sukses dengan apa juga cabang yang mereka pilih di masa hadapan.

Artikel berkaitan: ‘Party Of The Year’ Biz Of Re Meraikan Ulang Tahun Ke-3

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
Rutin Penjagaan Kulit

4 RUTIN PENJAGAAN KULIT YANG MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN ANDA

Bacaan Lanjut
hael husaini

GLAM LELAKI #NEWERA BERSAMA HAEL HUSAINI

Bacaan Lanjut
THE SEPTEMBER BOYS IS HERE! HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL #NEWERA

#NEWERA, HAEL HUSAINI, MIERUL AIMAN & AMIRUL DANIAL

Bacaan Lanjut
Hael Husaini

TOP 10 LAGU HITS HAEL HUSAINI MENUSUK JIWA

Bacaan Lanjut
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut