PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM ALPHAMEN 2023
Pengembaraan wangian Montblanc diteruskan dengan Explorer Platinum terbaharu yang menjadi pemangkin kepada semangat eksplorasi buat hero Alphamen 2023.
Tahun ini, GLAM Lelaki telah mengadakan malam kemuncak acara Alphamen 2023 di Deep Blue, The Face Suites. Memberikan penghormatan kepada 10 hero Alfa kali ini, mereka berjaya mencipta nama sendiri dalam industri masing-masing. Mereka juga mempunyai karakter kepimpinan yang berkembang seiring waktu melalui pendekatan berani, penuh kreativiti dan punyai daya saing tersendiri.
Hero-hero Alphamen 2023 yang berjaya membuktikan hasil titik peluh mereka adalah Alif Satar, Tomok, Hugh Koh, Hisyam Hamid, Blink, Beto Kusyairy, Tony Eusoff, Roberto Guiati, Dato’ Sri Bernard Chandran dan Khoon Hooi.
PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU DI MALAM KEMUNCAK ALPHAMEN 2023
Majlis berprestij ini memberi penghormatan kepada 10 hero Alphamen 2023 dan telah dikuasakan oleh Montblanc dan Montblanc Fragrance. Dengan edisi terkini keluarga Explorer, Montblanc Fragrance memperkenalkan wangian kedua Montblanc Explorer Platinum untuk merakamkan semangat hero pengembaraan yang baharu.
Wangian Platinum ini mengekspresikan haruman signature yang dihasilkan daripada kayu, sipres dan airy crispy accord. Lantas, melantangkan sisi bold dan maskulin yang diperkemaskan. Dibuktikan dengan sisi baharu Montblanc Explorer dengan sentuhan moden pada kayu-kayan,, angian Platinum menginspirasikan desain dan haruman daripada keindahan gunung dan glasier teragung.
Tetamu yang hadir pada malam acara Alphamen 2023 berpeluang meneroka wangian daripada Montblanc Explorer Platinum yang meraikan pengembaraan dan penerokaan pergunungan dengan wangian kayu bertekstur yang berkuasa ini. Ia merangkumi kesegaran bertenaga violet leaf, aroma clary sage dan kehangatan kayu cedar.
Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis dan berpeluang untuk meneroka wangian Montblanc Explorer Platinum pada malam acara Alphamen 2023 ialah Jack Gohr, Whulandary Herman, Ammar Effendy, Hazeeq Dean, Kahoe Hon, Sophia Liana, Hatta Dolmat, Tony Eusoff, Blink, Rizal Rasid, Gajen Chandra, Iyzdham AngKimHwa, Oskar Lee dan ramai lagi.
Mereka juga dapat menyaksikan sendiri reka bentuk wangian Montblanc ini dengan dekorasi dihasilkan dengan tangan di Pelleteria Maison di Florence yang menggunakan logo Montblanc yang dihasilkan di Hamburg, Jerman. Ia memberikan perlindungan terbaik ketika kembara dan melancing. Logo itu juga membentuk penutup botol wangian dalam ton perak metalik, yang menambahkan sisi elegan maskulin pada keseluruhan reka bentuk.
Dengan memiliki keistimewaan pada wangian Montblanc yang mempunyai saiz botel 30ml yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Oleh itu, anda dapat drench your senses bersama wangian ikonik Montblanc Explorer Platinum dengan mudah.
Wangian maskulin baharu Montblanc ini boleh didapati di laman rasmi Montblanc, Sephora dan kaunter fikizal di seluruh Malaysia.
Artikel berkaitan: SEMANGAT HERO PENGEMBARAAN MONTBLANC EXPLORER PLATINUM BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
Sembilan GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. Sambil itu, mendekati koleksi musim bunga 2025 Lee.
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
HARUMAN FLORAL AESOP BAWA KEUNIKKAN SENDIRI
Gabungan unik dari Aesop menghasilkan wangian penuh intensiti dengan sisi lembut demi melengkapkan wangian harian.
5 WANGIAN ZESTY & CITRUS BUAT LELAKI
Wangian ringan ini adalah keperluan musim panas yang sempurna, sesuai untuk dipakai pada waktu siang, percutian atau aktiviti kasual.
5 WANGIAN LELAKI MASKULIN MASA KINI
GLAM Lelaki menyenaraikan wangian terbaik daripada aroma berasaskan kayu pilihan Justin Bieber hingga bau vanila kegemaran Tom Brady.
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…